

Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan sesuatu yang istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD, melalui media sosial rasmi. Jenama automotif itu menawarkan dua aksesori rasmi tambahan bagi setiap pembelian model tersebut pada harga hanya RM5,000 (harga asal: RM7,500).
Naik Taraf Eksklusif J7 AWD
Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Jaecoo, pembeli J7 AWD akan menerima dua aksesori premium, sekali gus meningkatkan aura lasak kenderaan ini.
Aksesori tambahan yang dimaksudkan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Pemijak Sisi Automatik: Selain memudahkan pengguna untuk keluar dan masuk kenderaan, pemijak sisi yang boleh terbuka dan tertutup secara automatik ini juga membuatkan jentera kelihatan lebih mewah kerana diserikan dengan lampu.Kotak Peralatan Sisi (Side Toolkit Box): Kotak simpanan peralatan ini dipasang pada tingkap belakang sebelah penumpang, di antara tiang C dan tiang D. Aksesori ini sangat praktikal untuk pengguna yang suka membuat aktiviti luar atau ingin menyimpan peralatan kecemasan dengan kemas.

Kehadiran aksesori tambahan yang sudah mula ditawarkan sejak September ini meningkatkan lagi daya tarikan J7 AWD dalam segmen SUV premium.
Jaecoo J7 Di Malaysia

Jaecoo J7 mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada Julai tahun lalu dan telah dipasang secara tempatan (CKD) di kilang milik syarikat induknya, Chery, di Shah Alam. Unit yang dikeluarkan di Malaysia turut dieksport ke pasaran jiran.
Di Malaysia, SUV ini ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu:
Varian Pacuan Dua Roda (2WD)Varian Pacuan Semua Roda (AWD)Varian
yang dilancarkan pada Februari tahun ini.
Varian 2WD dan AWD dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter 4 silinder pengecas turbo yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik DCT 7 kelajuan. Varian J7 AWD terkenal dengan sistem pacuan yang lebih mantap, lengkap dengan tujuh mod pemanduan dan laluan.
Sementara itu, varian J7 PHEV pula dikuasakan oleh gabungan enjin petrol 1.5 liter turbo dengan motor elektrik dan pek bateri 18.3 kWj. Gandingan ini, bersama kotak gear automatik DHT, membolehkan ia mencapai jarak gabungan petrol-elektrik yang menakjubkan, lebih daripada 1,300 km, menyerlahkan tahap kecekapan tenaga yang lebih tinggi.
Harga Kekal, ‘Nilai’ Bertambah

Dengan penambahan aksesori mewah ini, pembeli varian J7 AWD dapat memiliki jentera yang lebih ranggi pada harga RM153,800, hanya RM5,000 lebih tinggi berbanding harga asal tanpa aksesori ini, RM148,800.
Untuk makluman pembaca, model asas J7 2WD dijual pada RM138,800, manakala varian J7 PHEV pula ditawarkan pada harga RM158,800.
Pada pendapat anda, berbaloikah membayar lebih untuk kedua-dua aksesori baharu ini?
Baca: Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
