Jaecoo J8 Dipertontonkan Di 1Utama 27-30 Mac Ini – Pelancaran Tidak Lama Lagi?

LocalCars
21 Mar 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas lebih setahun diperkenalkan kepada media automotif tempatan, Jaecoo J8 kini ‘bersedia’ untuk membuat kemunculan umum secara rasmi. SUV tiga baris tempat duduk ini akan dipamerkan di acara jerayawara atau roadshow khas yang akan berlangsung minggu depan, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa pelancarannya di Malaysia bakal tiba tidak lama lagi.

Roadshow Pertama Jaecoo J8 di 1Utama

image is not available

Jaecoo Malaysia, melalui laman Facebook rasminya, telah mengumumkan bahawa roadshow khas bagi model J8 akan diadakan di pusat beli-belah 1Utama bermula 27 hingga 30 Mac 2025. Acara ini bukan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat SUV ini dengan lebih dekat sebelum pelancarannya.

J8 telah dipertontonkan bersama J7 pada awal 2024 yang lalu, dan ketika itu ia dijadualkan untuk memasuki pasaran pada suku keempat tahun yang sama. Namun, perancangan itu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pelancaran Omoda C9 dan J7 PHEV terlebih dahulu.

SUV Flagship dengan Saiz ‘Gergasi’

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sebagai model SUV flagship Jaecoo, J8 hadir dengan saiz badan yang agak besar. Ia memiliki panjang 4,820 mm, lebar 1,930 mm, tinggi 1,699 mm, serta jarak roda 2,820 MM. Ini menjadikannya 100 mm lebih panjang dan 70 mm lebih lebar berbanding Chery Tiggo 8 Pro.

Berdasarkan ukurannya, J8 boleh diposisikan di dalam kategori yang sama dengan beberapa SUV tiga baris lain di pasaran Malaysia seperti Kia Sorento, Mazda CX-8 dan Hyundai Santa Fe.

Rekaan Kabin Mewah dan Dilengkapi Teknologi Moden

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sebagai SUV premium, aura kabin Jaecoo J8 cukup mewah. Model pemanduan sebelah kiri (LHD) yang ditunjukkan kepada media sebelum ini hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti kemasan kayu pada papan pemuka (dashboard), tempat duduk kulit dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, serta dua skrin digital 12.3 inci.

image is not available

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan bumbung panoramik besar, sistem audio Sony 14 pembesar suara, serta pelbagai ciri lain yang menambah keselesaan dan kemewahan.

Jaecoo J8 juga ditawarkan dalam konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk. Untuk varian enam tempat duduk, tempat duduk baris kedua menggunakan susunan jenis kapten dengan dua kerusi berasingan yang juga dilengkapi ciri pemanasan dan pengudaraan.

Pilihan Enjin Turbo atau Hibrid Plug-In

image is not availableimage is not available

Dari segi trenkuasa, J8 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 2.0L empat silinder, enjin sama yang digunakan pada model Omoda C9 dan Tiggo 8 Pro. Kuasa sebanyak 245 hp dan tork 385 Nm disalurkan kepada sama ada roda depan (FWD) atau semua roda (AWD) melalui transmisi automatik DCT 7 kelajuan.

Selain versi enjin petrol sepenuhnya, J8 juga ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV), sebagai pilihan kepada pengguna yang mahukan kecekapan bahan api yang lebih baik.