Jaga didakwa bunuh ibu mentua

LocalPolitics
15 Mar 2025 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seorang pengawal keselamatan berusia 31 tahun didakwa membunuh ibu mentuanya awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Totoh Amin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Pendaftar Mahkamah Siti Aisyah Umar Baki, pada Khamis.

Totoh didakwa membunuh Norina Sapuri, 58, antara jam 9 pagi dan 4.40 petang pada 2 Mac tahun ini di jalan ke kawasan perumahan setinggan di Bukit Batu ½, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada Totoh kerana pertuduhan dihadapinya tidak memperuntukkan ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 10 April tahun ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

ASP Zamri Zakaria hadir untuk pendakwaan manakala Totoh tidak diwakili.