Jaga-jaga pengguna Maxim, hanya 8% kenderaan beroperasi dengan permit sah

13 Mar 2023 • 8:47 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia melaporkan yang mereka telah mengambil tindakan terhadap syarikat servis seru pandu MAXIM kerana didapati melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD). Hasil maklumat agensi berkaitan, didapati yang hanya 402 kenderaan daripada 5,000 yang aktif beroperasi secara sah.

Angka tersebut amat membimbangkan kerana 402 daripada 5,000 diterjemah kepada 8% sahaja ataupun untuk perspektif, kurang daripada 1 daripada 10 kereta seru pandu Maxim ada permit sah.

Antara tindakan yang dilakukan adalah merampas peralatan dan dokumen syarikat seperti komputer, papan iklan, banner dan bunting untuk tujuan siasatan. Sekiranya didapati bersalah, syarikat boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM500,000 ataupun dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.

Oleh sebab demikian, pihak penguat kuasa meminta syarikat-syarikat yang ingin menyediakan perkhidmata seru pandu supaya memastikan pemohon mempunyai permit-permit yang sah sebelum membenarkan sesuatu kenderaan menyertai platform seru pandu.

Menjeguk ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa senang dengan tindakan penguat kuasa kerana beroperasi dengan permit yang sah adalah satu-satunya cara yang membolehkan penumpang dilindungi kemudahan insurans apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.

Ada juga netizen yang memetik nama inDrive, katanya tidak mengambil berat tentang keabsahan kenderaan yang menyertai platform mereka.

Sumber: JPJ

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved