Jaga jati diri, jangan terlibat gejala sosial – Ellron

LocalPolitics
28 Apr 2025 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Golongan pelajar dinasihatkan sentiasa menjaga jati diri serta tidak terlibat gejala sosial termasuklah penyalahgunaan dadah.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata pelajar adalah aset negara dan pelapis masa hadapan.

“Jagalah diri agar tidak terjerumus ke dalam kancah gejala sosial.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebaliknya teruslah berusaha membanggakan diri, keluarga, masyarakat dan negara” katanya.

Ellron berkata demikian sempena majlis penyerahan tujuh buah mesin basuh kepada asrama

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau baru-baru ini.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk mempertingkat kebajikan pelajar-pelajar asrama khususnya dalam aspek kebersihan, keselesaan dan penjagaan kesihatan.

Beliau berharap agar kemudahan ini dijaga dengan baik dan dapat dimanfaatkan oleh pelajar asrama kini serta pelajar akan datang.

“Sumbangan ini mungkin kecil dari segi nilai material tetapi kita percaya ia akan memberi impak yang besar terhadap kesejahteraan pelajar.

“Semoga ia menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama dan inisiatif bermanfaat pada masa akan datang” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau turut mengambil maklum tentang masalah gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku di sekolah terbabit.

Beliau memberi jaminan bahawa satu pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat bersama Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan Pegawai Jabatan Air Daerah Keningau bagi membincangkan isu berkenaan untuk mencari penyelesaian.