Polis memberi jaminan keselamatan orang awam dan peserta yang hadir pada himpunan Demi Zara Qairina di hadapan pusat beli-belah Sogo, malam ini dan esok, dengan menempatkan kira-kira 40 pegawai serta anggota di lokasi. Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penugasan ini bagi memastikan himpunan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang mengganggu ketenteraman awam. Foto: Harian Metro Artikel lain: Kes Zara Qairina: Bunga Dan Lilin Tanda Solidariti Komuniti Cina Di Sabah Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini tiada penutupan atau lencongan jalan raya di sekitar kawasan terbabit, namun langkah itu akan dilaksanakan jika keadaan memerlukan. Terdahulu, tular di media sosial mengenai penganjuran himpunan Demi Zara Qairina oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan pusat beli-belah tersebut. Himpunan yang dijadual bermula jam 8 malam itu dipercayai dianjurkan bagi menyatakan solidariti terhadap kes yang mendapat perhatian umum. Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)Tiada penutupan jalan untuk hmpunan Demi Zara Qairina

“Kami akan membuat pemantauan rapi dengan menempatkan pegawai serta anggota keselamatan di sepanjang laluan dan kawasan lokasi perhimpunan,” katanya.
“Polis akan memudah cara perjalanan perhimpunan ini mengikut peruntukan undang-undang,” ujarnya.
The post Jaga Keselamatan Awam, 40 Anggota Polis Ditugaskan Pada Himpunan Zara Qairina appeared first on Borak Daily.

