Jaga Nama Suami, Neelofa Tak Mahu Lagi Berduaan Dengan Selebriti Lelaki Dalam TV

Entertainment
13 Oct 2022 • 11:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selebriti terkenal, Neelofa adalah bukan calang-calang artis dan sangat dikenali ramai. Semalam, kecoh di media sosial di mana Neelofa sendiri akhirnya berkongsi gambar anaknya, Muhammad Bilal.

Hari ini, Neelofa telah mengambil pendekatan untuk tidak lagi tampil berdua-duaan bersama selebriti lelaki di kaca TV demi menjaga nama baik suaminya.

Jaga maruah suami

image is not available

Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, PU Riz, sejak tahun lepas. Berikutan dirinya yang telah menjadi isteri dan seorang ibu, Neelofa mengambil keputusan untuk menjaga penampilannya yang baru ini.

Lebih daripada seorang, ada perempuan dan lelaki. Itu saya okay. Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan dipertontonkan. – Neelofa

Usahawan itu berkata, apa yang dilakukannya itu adalah sifat dan rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bukannya dari tohmahan netizen.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.