“Jaga Perasaan Suaminya” – Ramai Doa ‘Get Back’ Dengan Bekas Isteri, Ini Respon Sharnaaz

Family & Parenting
14 Apr 2023 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi respon kepada permintaan peminat yang mendoakan semoga dia dan bekas isteri, Noor Nabila disatukan kembali.

Ini susulan satu video memaparkan Sharnaaz, Nabila dan anak tunggal mereka, Jebat Jayden masak bersama-sama untuk promosi satu produk makanan berasaskan kambing.

“Jaga sensitiviti, perasaan suaminya” – Sharnaaz

Menerusi laporan Gempak, bintang Polis Evo 3 ini berterima kasih di atas doa baik semua peminat. Namun dia mengingatkan bahawa Nabila adalah isteri orang dan peminat haruslah lebih sensitif.

Saya tidak berhak marah, malah saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Benda baik, orang doa yang baik bukan minta saya pergi mati misalnya.

Tapi pada masa yang sama kita harus ingat. Dia masih isteri orang kena jaga sensitiviti dan perasaan suaminya juga.

Lapor portal itu lagi, Sharnaaz mengaku ada berkenalan dengan seorang gadis namun pada usia 38 tahun kini, dia berasa malu untuk cerita kepada umum mengenai hal peribadi.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.