“Jaga Tepi Kain Sendiri” – Rozita Che Wan Bahasakan Netizen Tak Puas Hati Tengok Aaisyah Bersolek

12 Jul 2022 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Rozita Che Wan, 49, baru-baru ini memuat naik satu postingan di Instagram menegur sikap segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon itu membenarkan puteri tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana bersolek pada usia kecil.

Dalam ‘caption‘ entrinya di Instagram, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menjelaskan bahawa anak perempuannya itu memang suka bersolek dan melaram.

Che Ta juga menerangkan bahawa tiada larangan untuk Aaisyah melakukan sedemikian kerana ia merupakan satu minat yang diwarisi daripada dirinya sendiri.

Tambah Che Ta, dia tidak memarahi Aaisyah kerana tidak suka anak perempuannya itu menangis dan merajuk hanya kerana dilarang memakai mekap.

Selain itu, Che Ta juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga tepi kain sendiri dan fokus dengan anak masing-masing berbanding menyibuk dengan kehidupan orang lain.

Perkara itu rata-ratanya mendapat sokongan warganet di Instagram yang turut terhibur dengan leteran pelakon tersebut.

image is not availableimage is not available

image is not available 5 hari lalu

"Ingat Nak Mudahkan Kerja" - Selalu Bagi 'Phone' Dekat Anak, Ibu Kesal Mata Si Kecil Mula Juling

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved