”Jagalah Hati Abby Tu” – Suami Marissa Dania, Aslam Dianggap Tak Bertanggungjawab Dan Kurang Ajar?

LocalEntertainment
26 Aug 2024 • 10:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini, pelakon Abby Abadi memberi bayangan yang dirinya tidak mengetahui bahawa anaknya, Marissa Dania hamil dan alami keguguran anak pertama menerusi satu hantaran di media sosial.

Menerusi laporan Astro Gempak, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap Abby dan juga Marissa atas kehilangan anaknya itu menerusi ruangan komen.

Bukan tu jer, ada juga segelintir netizen yang menganggap suami kepada Marissa iaitu Aslam tidak bertanggungjawab dan kurang ajar kerana seolah-olah membelakangi Abby sebagai ibu mentuanya disebabkan situasi yang berlaku.

Ibu mana yang tak sedih atau marah. Sebagai anak tak payah la terasa sangat kalau sedar diri sendiri yang buat salah. Kalau tak reti nak ambil hati sekalipun, jaga la hati Abby tu.

Bagi aku Aslam menantu yang kurang ajar. Kalau aku sebagia ibu mentua pun pasti terasa. Dah la dia ambil anak kita cara tak elok, sepatutnya give effor untuk ambil hati Abby.

Sebelum ini, terdapat satu hantaran dari Aslam yang mengesahkan berita duka mengenai pemergian bayi mereka ketika dilahirkan.

Aslam juga berkata yang dia sudah memberitahu bapa mentuanya, Norman Hakim mengenai hal ini dan nama Abby Abadi tidak disebut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Gempak