Jaguh Lompat Tinggi Berjaya Rangkul Pingat Emas Pertama Untuk Sabah Dalam SUKMA 2022

15 Sep 2022 • 4:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan kepada Farrel Glen Felix Jurus

Jaguh Lompat Tinggi Berjaya Rangkul Pingat Emas Pertama Untuk Sabah Dalam SUKMA 2022. Jaguh lompat tinggi dari Sabah hari ini telah berjaya memperoleh pingat emas pertama dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.

Farrel Glen Felix Jurus berjaya mencatat rekod peribadi yang terbaik iaitu pada 2.15m. Manakala Mohd Eizlan mendapat pingat gangsa dengan rekod 2.06m dan Kuan Jyh Yunn mendapat perak dengan rekod 2.03m.

image is not available
Jaguh Lompat Tinggi Berjaya Rangkul Pingat Emas Pertama Untuk Sabah Dalam SUKMA 2022. Sumber: BERNAMA

Beliau berjaya mencatat rekod peribadi yang terbaik

Menurut laporan media tempatan, pemain berusia 20 tahun tersebut berjaya membuat lompat tinggi hingga dapat melepasi rekod Mohd Eizlan yang merupakan atlet Hanoi SEA Games di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Saya sangat gembira dan gembira kerana menyumbang emas pertama untuk Sabah dalam penampilan Sukma terakhir saya.”

image is not available
Sumber: BERNAMA

Saya berada di tempat keenam dalam Sukma terakhir di Perak dan kemenangan hari ini adalah yang terbesar yang pernah saya capai, walaupun ia tidak semudah yang dilihat terutamanya dengan Eizlan turut bertanding.”

Atlet lompat tinggi negara, Mohd Eizlan sebelum ini telah berjaya memecah rekod terbaik peribadinya iaitu 2.18m. Manakala atlet Sabah tersebut mampu memecah rekod peribadinya iaitu 2.15m dan berjaya mendapat pingat emas pertama untuk negeri bawah bayu, Sabah.

image is not available
Jaguh Lompat Tinggi Berjaya Rangkul Pingat Emas Pertama Untuk Sabah Dalam SUKMA 2022. Sumber: BERNAMA

Tahukah anda, bahawa lagenda badminton Malaysia, Tan Boon Heong bakal berada di Kuching esok untuk sesi meet & greet. Baca pautan di bawah: