“Jahanam, Calar Balar Kereta”- Gelagat Segelintir Pengunjung Ketika Acara Retro Havoc Buat Ramai Berang [Video]

Cars
29 May 2023 • 6:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bagi mereka yang meminati dunia automotif, acara seperti pameran kereta antik, kereta lumba, motosikal dan berkaitan merupakan antara yang dinanti-nantikan.

Mana tidaknya, ketika inilah mereka dapat melihat secara lansung setiap kenderaan unik yang selalunya hanya dilihat di dalam media sosial, majalah dan sebagainya.

Kata orang pengalaman di dunia realiti itu lebih bermakna dari hanya melihat di ruangan kaca TV dan media sahaja.

Sikap tak bertanggungjawab segelintir pengunjung buat ramai berang

Baru-baru ini, satu acara tahunan pameran kereta iaitu Retro Havoc telah diadakan pada 27 Mei lalu bertempat di The Curve, Mutiara Damansara.

Acara automotif yang menampilkan pelbagai kenderaan unik dan antik ini dimaklumkan telah dihadiri sekitar 70,000 orang daripada pelbagai peringkat umur.

Meskipun ada yang seronok ketika acara itu diadakan namun terdapat segelintir pengunjung yang telah mengundang kemarahan orang ramai kerana sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan.

Kenderaan pameran rosak seperti calar

Menerusi ciapan Amran Fans, terdapat beberapa kenderaan yang berada di pameran tersebut mengalami kerosakan seperti calar serta beberapa alatan dari kenderaan yang tercabut kerana dipegang dan dilanggar oleh pengunjung.

Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir darinya yang bertindak memijak, bersandar dan memegang kenderaan di pameran itu hanya kerana mahu merakam video dan gambar untuk kenangan mereka.

Seperti yang diketahui untuk meletakkan kenderaan sebagai pameran kebiasaannya pemilik kereta akan melakukan penyelenggaraan yang maksimum seperti cat, polish dan sebagainya agar kenderaan yang dibawa ke pameran kelihatan cantik dan baik.

Kenderaan ada yang dari luar negara

Difahamkan kenderaan yang dipamerkan itu bukan sahaja berasal dari Malaysia tetapi juga dari luar negara.

“Memalukan, sampai orang luar pun taubat tak nak serta acara dekat Malaysia lagi dah. Habis jahanam, calar balar kereta orang dibuatnya.

“Kau kalau tak berapa minat benda-benda macam ni tak perlulah buat semak datang. Pergi zoo ke apa lagi sesuai dengan perangai macam tu,” ciapnya.

Dalam ciapan tersebut, Amran turut berkongsi beberapa gambar dari pemilik kereta yang meluahkan rasa kecewa atas insiden yang berlaku dan menunjukkan kenderaan mereka yang rosak gara-gara tindakan pengunjung.

image is not available

Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan pengunjung tidak sepatutnya melakukan perbuatan tersebut.

@admsrzl

Sedih tgk kereta di sentuh sesuka hati…..kesian owner berhabis duit, sampai ada yang spoiler patah 🥲 #retrohavoc #problem #fypシ

♬ original sound – ِ – ِ

“Peraturan pertama pergi autoshow ke perjumpaan kereta ke.. jangan sentuh selagi owner tak beri kebenaran”

image is not available

“Sakita hati tengok orang buat macam ni, sedangkan kereta sendiri pun saya nak duduk sentuh punyalah berhati-hati. Yang dia kenal GTR, Supra itu je dia tahu. Aku pula yang geram”

image is not available

“Ya Allah berani gila kereta orang”

image is not available

View Original Article