Jaheaik Dapati Lelaki Mengaku Cicit Nabi Buat 6 Kesalahan, Pernah Terlibat Aktiviti Penipuan Duit

18 Oct 2022 • 2:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sudah pasti masih ramai yang tertanya-tanya sama ada benar atau tidak dakwaan Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani yang mengaku dirinya sebagai cicit Nabi Muhammad S.A.W.

image is not available

Ini hasil semakan pihak Jaheaik dengan kerajaan Morocco

Kehadiran individu ini ke Malaysia tempoh hari juga menjadi agak kecoh selepas ramai yang berasa was-was dan menjadi pertikaian warga maya.

Namun, seorang pengguna Twitter telah berkongsi hasil siasatan Bahagian Penyelidikan JAKIM yang mengeluarkan kenyataan tentang individu mengaku cicit Nabi Muhammad S.A.W.

Bahagian Penyelidikan Jakim telah mengkaji latar belakang..

Dalam kenyataan itu, pihak Jakim mendapati wujud keraguan terhadap latar belakang yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi.

Berdasarkan penilaian awal, beberapa isu dan kontroversi berkaitan penama tersebut dan kalangan pelajar Asia Tenggara di tidak mengetahui kewujudan Majlis World Muhamadiah (Dar Muhammadiah) di Fes, Maghribi dan ia menjadi persoalan dan mencurigakan yang perlu diambil perhatian dan berhati-hati berkaitan penama tersebut.

Berikut adalah 6 kes yang pernah direkodkan melibatkan Sayyid

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian pula, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) meminta agar semua pihak menyemak dahulu kesahihan latar belakang individu yang mendakwa diri sebagai keturunan Nabi Muhammad.

Hasil semakan yang dilakukan dengan pihak berkuasa di Morocco mendapati wujudnya keraguan terhadap latar belakang lelaki yang mendakwa dia sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh yang turut meminta orang ramai mendapatkan pengesahan pihak berwajib bagi mengelakkan sebarang masalah.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.