“Jahil Agama” – Netizen Terkejut Jumpa Perut Lembu Korban Busuk Tepi Tong Sampah

2 Jul 2023 • 12:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Umum mengetahui umat Islam baru sahaja menyambut perayaan Aidiladha pada Khamis yang lepas.Tapi, dengar cerita ada pula pihak tak bertanggungjawab tak tahu nak uruskan haiwan korban dengan sempurna, betul ke?

Terbaru, seorang individu menemui longgokan perut lembu yang masih lagi dipenuhi najis di tepi tong sampah.

Urus haiwan korban

image is not available

Posting di Facebook itu memaparkan longgokan perut lembu yang telah mula berulat dan dihurungi lalat.

Menurut individu tersebut, dia berasa marah dengan pihak yang bertindak demikian dan menganggap mereka tidak mempunyai ilmu dalam ibadah korban.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan individu tersebut. Malah, ada juga yang mendakwa ibadah korban yang dijalankan itu mungkin sekadar mengikut trend semasa.

image is not available

image is not available

Apa pula pendapat korang?

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media