JAIN, MCMC Dan PDRM Akan Adakan Pertemuan Berhubung Isu Mirip Kalimah Allah Pada Tapak Kasut

LocalPolitics
8 Apr 2024 • 9:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kalimah Allah

Belum lagi selesai sepenuhnya isu kalimah Allah pada stoking, sekarang kecoh pula isu mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluaran Vern’s Holding Sdn Bhd.

Disebabkan dengan isu ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata satu pertemuan bersama pihak PDRM dan MCMC akan dilakukan.

Bertenang dan jangan ambil apa-apa tindakan yang bertentangan…

image is not available

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan yang menghina agama Islam.

Jakim telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam melengkapkan siasatan. Sekiranya terdapat elemen yang bertentangan dengan undang-undang, maka proses selanjutnya akan diambil oleh pihak PDRM.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut menasihatkan untuk semua pihak bertenang. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menjaga akhlak dan tingkah laku agar keharmonian negara terus terjaga.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.