Jais naib juara kejohanan sukan agensi agama seluruh negara

6 Oct 2023 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 6 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) muncul naib juara dalam Kejohanan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) di Sabah kelmarin.

Jais memaklumkan kontinjen Selangor yang meraih dua emas dan tiga perak bersaing hebat dengan tuan rumah, Sabah yang muncul juara dengan empat emas dan dua perak.

“Kontinjen Selangor berjaya meraih dua emas dan tiga perak dalam IJPAM 2023 dengan pingat emas berjaya diraih melalui acara Ping Pong dan Memanah (Lelaki).

“Manakala pingat perak bagi acara Bola Jaring, Memanah (Wanita) dan Badminton,” katanya menerusi Facebook.

Bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah, kejohanan sukan dwitahunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian bendera kejohanan IJPAM bagi edisi 2025 kepada Johor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved