Jaja cerita orang, diri sendiri pun banyak ‘aib’

Entertainment
2 Aug 2026 • 10:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jaja cerita orang, diri sendiri pun banyak ‘aib’

Cik Bunga terdengar kisah tentang seorang pelakon wanita yang cukup disenangi ramai. Kalau tengok media sosialnya, memang penuh dengan aura positif.

Setiap hari ada sahaja perkongsian tentang kebaikan, kasih sayang dan kepentingan menjaga hubungan sesama rakan industri. Sebab itulah ramai peminat meletakkan dia dalam kategori artis yang ‘tak mungkin ada kontroversi’.

Hakikatnya, menurut cerita yang sampai ke telinga Cik Bunga, pelakon ini dikatakan cukup gemar menjadi ‘penyampai berita tidak rasmi’. Pantang terdengar cerita mengenai artis lain, pasti ada sahaja yang mahu dikongsikan kepada orang seterusnya. Dari cerita kecil, akhirnya menjadi besar. Dari sekadar khabar angin, akhirnya berlegar satu industri.

Lucunya, apabila cerita itu kembali kepadanya, dia pula pandai mengangkat tangan tanda tidak tahu-menahu. Seolah-olah dia hanya pendengar, sedangkan ramai yang mendakwa dialah antara orang terawal menyebarkan cerita tersebut.

Mungkin itulah sebabnya orang luar sukar mempercayai perangainya. Imej yang dibina terlalu kemas. Di hadapan kamera, tutur katanya lembut. Dalam sesi temu bual, dia sering bercakap tentang profesionalisme.

Di media sosial pula, kapsyen yang ditulis penuh dengan kata-kata motivasi sehingga sesiapa sahaja akan menganggap dia seorang yang cukup matang.

Namun, kata orang lama, jangan terlalu cepat menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang dipaparkan di alam maya. Media sosial hanyalah pentas yang menunjukkan apa yang ingin dilihat orang, bukannya keseluruhan kehidupan atau sikap sebenar.

Bak kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Ingatlah ya.

The post Jaja cerita orang, diri sendiri pun banyak ‘aib’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved