Jaket Keselamatan Digunakan Mangsa Terselamat Titanic Dilelong 670,000 Pound

19 Apr 2026 • 2:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jaket Keselamatan Digunakan Mangsa Terselamat Titanic Dilelong 670,000 Pound

LONDON, 19 April (Bernama) -- Jaket keselamatan yang dipakai seorang mangsa terselamat dalam tragedi Titanic dijual pada harga £670,000 (US$906,108) dalam satu lelongan, lapor PA Media/dpa.

Penumpang kelas pertama Laura Mabel Francatelli memakai jaket itu ketika berada di dalam bot penyelamat nombor satu, dan ia ditandatangani oleh lapan lagi mangsa terselamat, termasuk anggota bomba Charles Hendrickson dan George Taylor, serta kelasi James Horswill.

image is not available
Kredit: LEON NEAL/AFP via Getty
Baca juga:

Sebuah jam tangan yang dijumpai pada mayat seorang ahli perniagaan kaya yang lemas dalam tragedi itu pula dijual pada harga £180,000 dalam jualan sama.

Sementara itu, kusyen tempat duduk bot penyelamat, yang mempunyai plak asal bot penyelamat Titanic berbentuk panji White Star, dijual pada harga £390,000.

Pembelinya ialah Titanic Museum Attraction di Pigeon Forge, Tennessee, dan Branson, Missouri, dan kusyen itu akan dipamerkan, kata pihak pelelong.

Lelongan pada Sabtu berlangsung di Henry Aldridge and Son di Devizes, Wiltshire melibatkan 344 lot.

Kira-kira 15 daripada barangan itu berasal daripada kapal malang berkenaan sendiri manakala hampir separuh lagi berkaitan dengan kisah kapal itu secara lebih meluas.

“Saya fikir harga pecah rekod ini mencerminkan minat berterusan bukan sahaja terhadap kisah Titanic, malah terhadap penumpang dan anak kapalnya.

“Kenangan mereka diabadikan menerusi barangan ini,” kata pengarah urusan firma lelongan, Andrew Aldridge kepada Press Association.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved