JAKIM Akan Memanfaatkan AI Dalam MyeHALAL 2.0 Bagi Mempercepatkan Proses Persijilan Halal

LocalTechnology
25 May 2026 • 2:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang melaksanakan transformasi digital melalui sistem MyeHALAL 2.0 dengan matlamat mempercepatkan, memperkukuh ketelusan, dan menjadikan proses persijilan halal lebih mesra industri. Pelaksanaan sistem ini dijangka dilakukan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Laporan ini dipetik daripada Malay Mail.

Image from: JAKIM Akan Memanfaatkan AI Dalam MyeHALAL 2.0 Bagi Mempercepatkan Proses Persijilan Halal

Sistem ini akan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta MyHALALINGREDIENTS iaitu pangkalan data yang dibangunkan oleh JAKIM untuk menyimpan dan menyusun maklumat berkaitan bahan-bahan yang digunakan dalam produk, sama ada halal atau tidak bagi tujuan semakan persijilan. Dengan adanya pangkalan data ini, setiap permohonan boleh disemak secara automatik berdasarkan maklumat sedia ada sekali gus menjadikan keseluruhan proses lebih sistematik, telus dan efisien.

Selain itu, JAKIM turut memperkenalkan inisiatif ‘Whitelist’ bagi syarikat yang mempunyai rekod pematuhan kukuh, sekali gus membolehkan kelulusan pensijilan halal diselesaikan dalam tempoh seminggu. Langkah ini menegaskan komitmen JAKIM untuk meningkatkan kecekapan serta menyokong pertumbuhan industri halal di Malaysia. Ideanya jelas, iaitu menghapuskan kerumitan proses pensijilan halal seterusnya meningkatkan kecekapan dan memberi manfaat kepada industri serta pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved