JAKIM Arah Premis KAFA Di Kawasan IPU 180 Ditutup Mulai Hari Ini

LocalEnvironment
9 Oct 2026 • 9:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JAKIM Arah Premis KAFA Di Kawasan IPU 180 Ditutup Mulai Hari Ini

Semua premis Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula Jumaat ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 selama 3 hari berturut-turut hendaklah ditutup bermula pada Isnin depan.

Bagaimanapun, premis KAFA yang terjejas dikehendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Image from: JAKIM Arah Premis KAFA Di Kawasan IPU 180 Ditutup Mulai Hari Ini

"Kaedah PdPR hendaklah bersesuaian dan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesediaan guru KAFA.

"Penyelia KAFA juga perlu memantau pelaksanaan sesi PdPR berdasarkan kepada kaedah yang digunakan oleh guru KAFA di daerah masing-masing," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) akan diadakan secara bertulis seperti mana tarikh yang telah ditetapkan.

Baca juga:

Bagaimanapun, jika jerebu masih berlarutan, JAKIM akan mengeluarkan panduan khusus bagi pelaksanaan UPKK kepada semua Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN).

"PBAN hendaklah membuat pemantauan secara berterusan dan mengambil tindakan sewajarnya apabila bacaan IPU melebihi paras yang dimaklumkan di atas," ujar JAKIM.

JAKIM Arah Premis KAFA Di Kawasan IPU 180 Ditutup

JAKIM juga akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid dan guru KAFA terpelihara sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Ibu bapa atau penjaga juga dimohon mengambil perhatian terhadap makluman ini dan memastikan anak berada di rumah serta mengurangkan aktiviti luar sepanjang penutupan," kata JAKIM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved