JAKIM : Pemakaian Pelitup Muka Ketika Solat Aidilfitri Digalakkan Selari SOP Semasa

TechnologyDigital
20 Apr 2023 • 6:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) kini berkongsi berkenaan pemakaian pelitup muka bagi jemaah yang menunaikan solat Aidilfitri di masjid atau surau – dimana ia amat digalakkan.

Hal ini adalah selari dengan SOP Fasa Peralihan ke Endemik yang berkuatkuasa sekarang, mengalakkan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan ramai orang dan sesak.

JAKIM turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri sekiranya berada di kawasan perkumpulan ramai – termasuk di masjid dan surau.

Perkongsian ini hadir selepas terdapat sedikit peningkatan kebelakangan ini melibatkan kes Covid-19. Menteri Kesihatan sedia menyatakan rakyat tidak perlu panik, dan mengalakkan individu yang bergejala untuk melakukan ujian saringan Covid-19 serta memakai peliutp muka, khususnya di hari raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved