JAKIM Sedia Salur Bantuan Kebajikan, Kaunseling Buat Keluarga Sukarelawan GSF

LocalPolitics
26 Sep 2025 • 9:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia salur bantuan kebajikan serta sokongan kaunseling kepada keluarga 34 sukarelawan Malaysia yang terbabit dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Palestin.

JAKIM sedia salur bantuan & kaunseling

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan kerajaan amat menghargai pengorbanan keluarga yang merelakan insan tersayang menyertai misi berisiko tinggi itu.

“Kerajaan sentiasa menyokong dan mendukung perjuangan mereka. Saya berterima kasih kepada keluarga yang merelakan anak, suami atau isteri menyertai misi ini,” katanya.
image is not available

JAKIM sedia salur bantuan buat sukarelawan & keluarga mereka

Jelas beliau, bantuan bukan hanya buat sukarelawan, tetapi turut untuk keluarga mereka yang ditinggalkan di Tanah Air memandangkan tekanan emosi disebabkan insan tersayang berada jauh ditengah lautan

JAKIM akan memberikan bantuan sewajarnya bukan sahaja kepada sukarelawan, tetapi juga kepada keluarga yang ditinggalkan di tanah air kerana mereka juga berdepan tekanan kerana insan tersayang berada di tengah lautan,” ujarnya.

image is not available

Beliau turut menjelaskan JAKIM mempunyai kaunselor kerohanian yang boleh membantu keluarga mengawal tekanan emosi, selain turut mempertimbangkan bantuan kewangan jika diperlukan.

image is not available

Difahamkan, Misi Global Sumud Flotilla itu menyaksikan penyertaan ratusan aktivis antarabangsa termasuk wakil Malaysia bagi membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Sumber: Buletin TV3 (Mohd Iskandar Ibrahim)