JAKIM Siasat Dakwaan Program EHati Ada Upacara Syirik, Tarian Tanpa Pakaian

LocalPolitics
11 Jul 2025 • 10:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menjalan siasatan secara terperinci berhubung isu yang tular melibatkan penganjuran program motivasi rumah tangga dikenali sebagai eHati.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya mengambil pendekatan tersebut bagi memastikan maklumat yang diperoleh adalah jelas dan sahih sebelum sebarang tindakan yang wajar diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JAKIM siasat dakwaan program EHati

image is not available

“Kerajaan MADANI melalui JAKIM secara konsisten bersama pihak berkuasa agama negeri, tegas dalam menangani sebarang isu yang melibatkan kepentingan umat Islam khususnya berkaitan keharmonian institusi kekeluargaan, akhlak dan pemeliharaan nilai-nilai Islam.

“Usaha bersepadu ini juga adalah sebahagian daripada komitmen JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri-negeri dalam menangkis sebarang gejala dan anasir menyimpang serta pengaruh budaya songsang dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jangan terpengaruh fahaman bercanggah dengan agama

image is not available

Dalam pada itu, JAKIM turut menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, agar tidak terpengaruh dengan fahaman dan gaya hidup yang bertentangan dengan ajaran agama serta nilai budaya tempatan.

“Orang ramai disaran untuk sentiasa bekerjasama dengan JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri bagi menyalurkan maklumat serta informasi berkaitan isu-isu seperti ini dalam menangani sebarang unsur yang bercanggah dengan syarak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan berbentuk satu ajaran sesat.

image is not available