Jalan ART Samarahan Guna Teknologi Transit Signal Priority, Pertama Di Asia Tenggara

17 Nov 2023 • 6:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

ART bakal bergerak tanpa henti dengan teknologi Transit Signal Priority

Jalan ART Samarahan Guna Teknologi Transit Signal Priority, Pertama Di Asia Tenggara. Autonomous Rapid Transit (ART) yang menggunakan tenaga hidrogen di sepanjang jalan Kota Samarahan akan mengguna pakai teknologi Transit Signal Priority untuk membolehkannya bergerak tanpa henti, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut Uggah, teknologi ini merupakan yang pertama digunakan di rantau Asia Tenggara.

image is not available
Jalan ART Samarahan Guna Teknologi Transit Signal Priority, Pertama Di Asia Tenggara. Kredit: Dayak Daily

“Transit Signal Priority khusus ini akan menyelaraskan semua isyarat lalu lintas sepanjang laluan untuk bertukar ke hijau apabila ART menghampiri,” katanya.

Pada masa yang sama, Uggah juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kerana menyiapkan pembinaan bulatan tersebut lebih awal daripada jadual.

“Projek jalan sepanjang 2.6km ini sudah siap untuk diuji melalui ujian konsep pembuktian ART pada penghujung November nanti,” tambahnya.

Pembangunan pakej projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1 melibatkan kos sebanyak RM51,804,113.65, meliputi pembinaan dan penyiapan kerja infrastruktur untuk Pakej 1A (Laluan Biru) dari Bulatan 1 (RB1) ke Bulatan 3 (RB3).

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/jadual-bas-hidrogen-kuching/

https://www.iloveborneo.my/guna-laluan-khas-sarawak-metro-tegas-art-tidak-kongsi-jalan-dengan-kenderaan-lain/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved