Jalan berlubang sedalam 1.5 meter akibat mendapan

29 Dec 2022 • 5:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lubang yang terbentuk akibat tanah mendap di Jalan AU3 Taman Desa Keramat.

image is not available
Jalan berlubang susulan tanah mendap di Jalan AU3 Taman Desa Keramat.

AMPANG - Tanah mendap di Jalan AU3 Taman Desa Keramat di sini telah mengakibatkan jalan itu berlubang dengan kedalaman 1.5 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, laporan kejadian diterima sekitar jam 3.26 petang, Khamis.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dihantar ke lokasi.

"Mendapan berlaku di bahagian tengah jalan raya yang keluasannya dianggarkan 400 kaki persegi.

"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan dan struktur bangunan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah dihubungi bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Sinar Harian dalam usaha mendapatkan maklum balas daripada MPAJ berhubung kejadian tersebut.