Jalan Bukit Begunan Pan Borneo, Menteri Kerja Raya Beri Jaminan Siap November Ini

7 Feb 2023 • 8:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Simpang Pantu ke Batang Skrang di bahagian Bukit Begunan di sini dijangka siap pada November ini.

Jalan Bukit Begunan Pan Borneo, Menteri Kerja Raya Beri Jaminan Siap November Ini. Telah dilaporkan bahawa fasa satu untuk projek Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap pada tahun ini.

Menurut laporan media tempatan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bahawa fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dari Simpang Pantu ke Batang Skrang di bahagian Bukit Begunan di sini dijangka siap pada November ini.

image is not available
Jalan Bukit Begunan Pan Borneo, Menteri Kerja Raya Beri Jaminan Siap November Ini. Sumber: FB Alexander Nanta Linggi

Kerajaan pusat memperuntukkan dana tambahan kira-kira RM70 juta.

Mengikut perancangan asal, projek di kawasan tersebut sepatutnya siap pada Jun tetapi terpaksa ditangguhkan kerana tanah runtuh memerlukan reka bentuk semula struktur projek menggunakan bahan binaan berbeza, katanya.

Sebelum ini, reka bentuk projek bahagian ini menggunakan tanah sebagai tambak tetapi terdapat kegagalan dalam projek itu dan ia ditukar kepada reka bentuk menggunakan rockfill selepas kajian terperinci dijalankan.”

katanya pada sidang media selepas meninjau Bukit Begunan bahagian, di sini

Tambah beliau juga, projek tambak menggunakan batu besar seberat 721,000 meter padu itu sudah 50% siap, oleh itu kerajaan pusat memperuntukkan dana tambahan kira-kira RM70 juta.

image is not available
Sumber: FB Alexander Nanta Linggi

Keseluruhan projek LPB sudah 92 peratus siap.

Terdahulu, Ketua Unit Lebuhraya Pan Borneo Kementerian Kerja Raya Sarawak, Awang Mohd Fadillah Awang Leduan, melaporkan kepada Nanda situasi terkini projek lebuh raya di kawasan itu.

Menurut Awang Mohammad Fadillah, pembinaan benteng batu bermula 8 April 2022 akan meningkatkan kestabilan pembinaan LPB selain memendekkan tempoh pembinaan. Beliau juga turut dimaklumkan, setakat ini, keseluruhan projek LPB sudah 92 peratus siap.

image is not available
Sumber: FB Alexander Nanta Linggi

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: