Jalan Bukit Bintang Mungkin Akan Jadi Laluan Untuk Pejalan Kaki Sahaja?

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 6:40 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Isu kesesakan di kawasan Segi Tiga Emas, Bukit Bintang, seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun punca utama masalah trafik ini telah dikenalpasti, masih tiada penyelesaian yang dapat ‘menamatkan’ isu ini daripada terus berlaku. Tetapi baru-baru ini, dilaporkan bahawa pihak berkuasa sedang mempertimbangkan penutupan laluan utama tersebut.

Kajian dan Perbincangan Bersama Pihak Berkaitan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata perbincangan bersama pihak berkaitan akan diadakan untuk mengkaji cadangan penutupan ini.

image is not available

Sebagai lokasi yang sarat dengan pilihan makanan, pusat hiburan dan penginapan yang menjadi tarikan pelancong, laluan dari persimpangan berhampiran pusat beli-belah sehingga ke Jalan Pudu sering dipenuhi kenderaan, siang mahupun malam.

Cadangan ini bertujuan menjadikan kawasan ini lebih mesra pejalan kaki. Namun, ia perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti kemudahan parkir serta kedudukan hotel dan kediaman.

“Jadi saya rasa kalau kita buat ini dengan penerangan yang jelas sampai maklumat ini kepada orang ramai, kepada pihak berkenaan, saya rasa cadangan ini boleh dipertimbangkan. Kita boleh cuba dulu,” katanya.

Penggunaan CCTV

image is not available

Untuk meningkatkan pemantauan, pihak polis bercadang memperluas penggunaan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan itu. Teknologi ini membolehkan tindakan undang-undang dikenakan tanpa kehadiran fizikal penguat kuasa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa, turut mengulas bahawa teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) digunakan dalam sistem CCTV untuk mengatur aliran trafik.

Antara faktor penyumbang kepada kesesakan adalah sikap pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan sesuka hati, aktiviti teksi dan e-hailing yang berhenti di lokasi tidak sesuai, serta kehadiran pemuzik jalanan yang menarik orang ramai.

Sumber: Buletin TV3