Jalan Cameron Highlands Ditutup Esok!

10 Dec 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian, bagi yang merancang untuk ke Cameron Highlands, Pahang melalui jalan Tapah, Perak esok. Ini kerana  laluan utama FT059 di Seksyen 24, Lata Iskandar akan ditutup sepenuhnya dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batang Padang memaklumkan penutupan selama empat jam itu dibuat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pokok bahaya oleh JKR Negeri Perak.

Tindakan itu perlu bagi memastikan keselamatan pengguna memandangkan kawasan berkenaan kerap berlaku insiden pokok tumbang, terutama ketika musim hujan.

image is not available

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif melalui Laluan Simpang Pulai – Cameron Highlands bagi kelancaran perjalanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved