Jalan Cantik Bukan Untuk Jadi Litar Lumba, Abang Jo Tegur Mat Rempit Di Sarawak

28 Mar 2025 • 10:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Abang Jo tegur ‘mat rempit’ jangan salah guna kemudahan rakyat

Jalan Cantik Bukan Untuk Jadi Litar Lumba, Abang Jo Tegur Mat Rempit Di Sarawak. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegur segelintir anak muda yang mengambil kesempatan menyalahgunakan kemudahan jalan raya yang baik di negeri itu untuk aktiviti lumba haram.

Dalam nada tegas namun penuh keprihatinan, Abang Jo menekankan bahawa jalan raya yang dibina dengan kemudahan moden itu bertujuan untuk kemudahan rakyat, bukannya dijadikan ‘litar lumba’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

image is not available
Jalan Cantik Bukan Untuk Jadi Litar Lumba, Abang Jo Tegur Mat Rempit Di Sarawak. Gambar hiasan.

Beliau menyatakan demikian semasa majlis penutupan Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) yang berlangsung di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong.

Dalam ucapannya, Abang Jo turut mengingatkan bahawa disiplin dalam pemanduan adalah kunci untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Kita mesti mempunyai disiplin untuk menggunakan kenderaan,” tambahnya, menekankan kepentingan tanggungjawab setiap individu di jalan raya, menurut laporan media tempatan.

Sarawak telah melabur banyak untuk menaik taraf infrastruktur jalan raya demi keselesaan dan keselamatan rakyat. Oleh itu, beliau menggesa agar kemudahan itu dimanfaatkan sebaiknya.

Jaga diri, jaga keselamatan. Jangan jadikan jalan raya tempat bertaruh nyawa.

Baca juga artikel yang berkaitan mat rempit di Sarawak: