Jalan Carpenter, Kenali Sejarah Ringkas Disebalik Salah Satu Jalan Tertua Di Kuching

1 Jan 2023 • 6:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jalan ini merupakan salah satu jalan tertua di Kuching

Jalan Carpenter, Kenali Sejarah Ringkas Disebalik Salah Satu Jalan Tertua Di Kuching. Kuching telah melalui perkembangan sejak bertahun-tahun dan ia tetap berkembang sehingga ke hari ini.

Namun, di dalam perkembangannya masih kekal lagi warisan Kuching yang membawa nostalgia. Salah satu warisan ini ialah Jalan Carpenter, iaitu salah satu jalan tertua di Kuching.

image is not available
Jalan Carpenter, Kenali Sejarah Ringkas Disebalik Salah Satu Jalan Tertua Di Kuching

Asal usul Jalan Carpenter

Pada mulanya, Jalan Carpenter dikenali sebagai Jalan Attap. Ini kerana bangunan-bangunan yang terletak sepanjang jalan ini menggunakan nipah di dalam bangunan.

Namun, sebuah kebakaran pada tahun 1884 yang dikenali sebagai The Great Kuching Fire telah merosakkan bangunan di sepanjang jalan dan membakar lebih daripada 160 kedai.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Selepas kebakaran tersebut, Rajah Charles Brooke mengumumkan pembinaan kedai-kedai baru dan kedai-kedai ini perlu dibina semula dengan dinding bata yang tidak mudah terbakar dan jubin abu-abu.

Kedai-kedai ini kemudiannya dibina semula dengan batu bata dan struktur yang sama. Oleh itu, kebanyakkan kedai yang dibina semula masih mengekalkan seni bina lama mereka dan tetap berdiri sehingga ke hari ini.

image is not available
Bangunan seperti ini adalah pemandangan biasa di sepanjang Jalan Carpenter. Kredit: Sarawak Heritage Society

Akibat banyak tukang kayu yang bekerja di bengkel-bengkel kayu mereka di jalan ini, Jalan Attap turut diubah nama kepada Jalan Carpenter.

Pemodenan Jalan Carpenter

Pada masa kini, kedai runcit, syarikat perdagangan besar, bank dan kedai kopi telah menjadi pemandangan jarang di Jalan Carpenter.

Kebanyakkan telah digantikan oleh kedai khusus untuk menjual kraftangan kepada pelancong serta senian yang dihasilkan oleh artisan tempatan yang menghiaskan dinding-dinding di sepanjang Jalan Carpenter.

image is not available
Lau Ya Keng Food Court, tempat makan terkenal di Jalan Carpenter. Kredit: FOOD – Carpenter Street

image is not available
Kedai kraftangan seperti ini juga dapat dilihat di sepanjang Jalan Carpenter. Kredit: tatknows

Warisan yang harus tidak terlupakan

Walaupun Jalan Carpenter telah berkembang selama bertahun-tahun, jalan ini sudah pasti antara jalan ikonik di Kuching yang penuh dengan sejarah yang kaya sejak imigrasi warganegara China ke bandar Kuching.

Dengan membawa budaya dan perdagangan mereka, maka tidak hairan lah Jalan Carpenter juga turut dikenali sebagai the unofficial Chinatown di Kuching.

image is not available
Kredit: Foursquare

View Original Article