
Penutupan ini adalah bagi memberi laluan untuk membina laluan ART
Jalan Di Bulatan Rembus, Kota Samarahan Ditutup Sementara Mulai 23 Mac Hingga 15 April. Penduduk Kota Samarahan, bersiap sedia untuk perubahan laluan. Bulatan Rembus akan ditutup sementara selama 23 hari, bermula 23 Mac hingga 15 April bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian culvert dan pembinaan laluan Autonomous Rapid Transit (ART).
Menurut Sarawak Metro, kerja-kerja ini akan dijalankan 24 jam sehari bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar.

Laluan alternatif telah disediakan
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati, mematuhi papan tanda trafik serta had laju yang ditetapkan demi keselamatan semua, termasuk para pekerja yang terlibat. Laluan alternatif telah disediakan, jadi rancang perjalanan anda lebih awal untuk mengelakkan kesesakan.
Sebarang perubahan mengenai penutupan jalan ini akan diumumkan oleh Sarawak Metro dari semasa ke semasa.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi melalui e-mel:
555999@sarawak.gov.my atau info@mysarawakmetro.com
Lagi berita terkini untuk anda di sini:

