Jalan Di Dua Bulatan Samarahan Akan Ditutup Separuh Selama 8 Hari

26 Aug 2022 • 2:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harap ambil maklum.

Jalan Di Dua Bulatan Samarahan Akan Ditutup Separuh Selama 8 Hari. Jabatan Kerja Raya Bahagian Selatan Sarawak memaklumkan kepada pengguna jalan raya bahawa jalan raya di dua bulatan Samarahan akan ditutup separuh bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan.

Penutupan separuh jalan ini sementara ini akan dilaksanakan selama 8 hari iaitu bermula 29 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022, bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam.

image is not available
Jalan yang ditutup di hadapan Bulatan ILP. Sumber: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Bulatan ILP dan bulatan Pusat Jantung Sarawak terjejas

Menurut JKR, dua kawasan yang terjejas tersebut adalah jalan berhampiran bulatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Samarahan dan bulatan Pusat Jantung Sarawak.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya sepanjang kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan. Sebarang perubahan tarikh dan masa pelaksanaan kerja-kerja penurapan jalan ini akan dimaklumkan oleh pihak JKR dari semasa ke semasa.

image is not available
Jalan yang ditutup di hadapan Bulatan Pusat Jantung Sarawak. Sumber: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Susulan kerja-kerja penurapan ini juga, orang ramai juga disaran untuk merancang perjalanan lebih awal sekiranya menggunakan jalan ini. Dalam makluman yang sama, pihak JKR juga memohon maaf atas segala kesulitan.

Orang ramai yang mempunyai kemusykilan berkaitan keadaan lalu lintas trafik boleh menghubungi pihak JKR Bahagian Selatan di talian 082-203096 pada waktu pejabat (8 pagi hingga 5 petang).

image is not available
Jalan Di Dua Bulatan Samarahan Akan Ditutup Separuh Selama 8 Hari. Sumber: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang semakin memburuk, pihak berwajib juga menjanjikan bahawa projek lampu isyarat di Samarahan akan siap dalam masa 15 bulan sejak April 2022. Baca selanjutnya di sini: