Jalan-Jalan Di Kuching Naik Motosikal, Sweet Qismina Dan Adam Lee Bikin Orang Ramai Teruja

25 Dec 2022 • 1:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siap Shopping kek lapis dan ikan Terubok lagi tu!

Jalan-Jalan Di Kuching Naik Motosikal, Sweet Qismina Dan Adam Lee Bikin Orang Ramai Teruja. Pasangan selebriti comel Malaysia datang ke Sarawak dan jalan-jalan di Bandaraya Kuching menggunakan motosikal!

Baru-baru ini, pasangan suami isteri ini datang ke Sarawak atas urusan kerja di mana Sweet Qismina telah menjadi pengacara bagi Bintang Kecil Kemuncak 2022 di Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching semalam (24 Disember 2022).

image is not available
Jalan-Jalan Di Kuching Naik Motosikal, Sweet Qismina Dan Adam Lee Bikin Orang Ramai Teruja. Kredit foto: FB Mohd Noorkazairie

Raon-raon‘ di Kuching naik motosikal

Namun apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila pasangan selebriti ini ‘raon-raon‘ di Bandaraya Kuching menggunakan motosikal! Gambar kedua pasangan ini naik motosikal jalan-jalan di Kuching juga telah mendapat perhatian ramai netizen di media sosial.

Di Facebook, terdapat beberapa perkongsian daripada penduduk tempatan yang bertuah terserempak dengan pasangan selebriti ini sedang ‘jalan-jalan di Kuching.

Melihat kedua pasangan selebriti ini humble sahaja menaiki motosikal jalan-jalan di Bandaraya Kuching, netizen berasa kagum dan teruja dengan kedatangan mereka.

image is not available
Gambar tangkap layar dari Instastory Sweet Qismina

Datang ke Sarawak mesti makan laksa Sarawak

Sempat makan laksa Sarawak di George Cafe, pasangan suami isteri ini juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah kek lapis Sarawak.

Di Instastory Sweet Qismina pula, dia memuji keenakan laksa Sarawak di George Cafe mengatakan ianya sebagai ‘Masterpiece‘!

Diharap agar pengalaman Sweet Qismina dan Adam Lee ke Sarawak kali ini yang indah-indah sahaja. Lain kali datang Sarawak makan Mi Kolok dan Nasi Goreng Dabai ye!

Lagi cerita menarik buat anda di sini: