Jalan Kek Chuan, Pulau Pinang Dinobat Di Kedudukan 17 'Laluan Tercantik Dunia'!

Travel
3 Jul 2023 • 4:59 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Menampilkan pelbagai warna dan ukiran seni bina yang unik, Jalan Kek Chuan, Pulau Pinang tersenarai antara 40 laluan tercantik di dunia.

Pulau Pinang disenarai tangga ke 17, diiktiraf Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), mempunyai seni bina bangunan lama yang menarik.

Selain popular sebagai destinasi makanan jalanan yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa -- Pulau Pinang juga meriah dengan permata seni bina, pergi ke Jalan Kek Chuan untuk melihat kedai-kedai dengan hiasan terperinci yang menggabungkan reka bentuk Timur dan Barat.

image is not available

Selain Pulau Pinang -- Phuket, Thailand, iaitu bandar lama, Soi Romanee dipenuhi dengan rumah kedai Sino-Portugis, juga satu-satunya negara di Asia Tenggara yang juga disenaraikan.

Memetik artikel dari www.housebeautiful.com, baru-baru ini, berkongsi mengenai 40 laluan paling indah di dunia yang boleh diterokai serta menjadi pilihan destinasi pelancongan seterusnya untuk anda.

Antara 40 senarai itu termasuk Symi Greece; Annecy, Perancis; Copenhagen, Denmark; Sichuan, China; Istanbul, Turkiye; London, England; Brooklyn, New York; Miami, Florida; Cape Town, Afrika Selatan, Kyoto, Jepun dan bandar Québec, Kanada.

Jom kita tengok senarai 17 lokasi tercantik di dunia itu yang termasuk dalam senarai!

1) Symi, Greece

image is not available

Bangunan rumah di pelabuhan Symi kelihatan sebaik sahaja feri menghampiri pelabuhan itu.

Untuk melihat lebih dekat, orang ramai boleh bersiar-siar di sepanjang jalan Akti Pavlou dan berhenti di kafe di sepanjang jalan serta berpeluang untuk melihat bangunan di situ seakan dilukis dengan krayon, iaitu antara warna tepu serta kesan trompe l'oeiil.

2) Boston, Massachusetts

image is not available

3) Cape Town, Afrika Selatan

image is not available

Dahulunya dikenali sebagai Malay Quarter, kejiranan Bo-Kaap Cape Town dipenuhi dengan deretan demi deretan rumah technicolor.

Luangkan masa sehari berjalan dengan melihat kombinasi warna berbeza dan singgah ke Wale Street untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah kawasan itu, di Muzium Bo-Kaap.

4) Chefchaouen, Maghribi

image is not available

"Bandar biru" di Chefchaouen Maghribi seperti mimpi, di mana sahaja anda berpaling akan berada di dunia biru. Lorong kecil Callejon El Asri dengan berkat koleksi pasu bunganya menjadi spot kegemaran jurugambar.

5) Águeda, Portugal

image is not available

Perkara yang paling luar biasa tentang Rua Luís de Camões bukanlah jalannya sama sekali, tetapi apa yang tergantung di atasnya.

Dimulakan pada 2012 dan diilhamkan oleh Mary Poppins, Umbrella Sky Project ialah pemasangan seni meliputi payung pelbagai warna direka untuk memayungi pelawat ketika musim panas.

Projek itu berkembang ke beberapa negara di seluruh dunia, tetapi anda masih boleh melawati projek asal jika anda berada di kawasan Águeda.

6) Alberobello, Itali

image is not available

Tapak Warisan Dunia UNESCO, Alberobello terletak di wilayah Puglia atau dikenali sebagai tumit but Itali.

Ia terkenal dengan rumah bercat putih dan berbentuk cendawan, dipanggil trulli, yang sudah wujud beradab lamanya.

7) Athens, Greece

image is not available

8) Colmar, Perancis

image is not available

Digelar "Petite Venise" kerana terusannya yang menawan dan mengekalkan rupa Alsatian dengan rumah separuh kayu.

9) Burano, Itali

image is not available

10) Kyoto, Jepun

image is not available

Laluan dibarisi bunga sakura ini adalah denai damai yang membentang hampir 1.25 batu di sepanjang terusan.

Pastikan anda merancang lawatan untuk musim bunga, apabila bunga mekar berkembang.

11) Buenos Aires, Argentina

image is not available

El Caminito, titik fokus visual kejiranan La Boca di Buenos Aires, dibina di atas bekas jalan kereta api dan kini dianggap sebagai muzium jalanan.

12) San Miguel de Allende, Mexico

image is not available

Latar belakang lengkap dengan pemandangan mercu tanda San Miguel Arcángel, Jalan Aldama menggabungkan daya tarikan batu buntar menghadap ke bangunan yang dicat.

Pekan 'baroque' kecil termasuk sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ada banyak tarikan daripada muzium hingga ke galeri.

13) Paris, Perancis

image is not available

Pemandangan terbaik Menara Eiffel terletak berhampiran Champs de Mars. Selain itu ke Avenue des Camoëns di tepi Trocadero untuk melihat pemandangan lebih jelas.

14) Paris, Perancis

image is not available

15) Cotswolds, England

image is not available

Pada asalnya dibina pada 1380, Arlington Row, iaitu kotej yang mula-mula dijadikan sebagai kedai bulu biri-biri sebelum akhirnya ditukar kepada rumah penenun.

Jika anda berada di Cotswolds, salah satu kotej itu boleh menjadi pilihan sewaan untuk percutian, jika merancang untuk tinggal lebih lama.

16) San Francisco, California

image is not available

17) Penang, Malaysia