Jalan Kiulu – Tamparuli dibuka satu laluan bermula Ahad

16 Dec 2024 • 2:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KIULU: Jalan Kiulu – Tamparuli berhampiran Kampung Malangang Baru yang terjejas akibat hakisan tanah, dibuka kepada satu laluan bagi menghubungkan dua arah, jam 5.30 petang pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata, beliau mengambil maklum akan rungutan pengguna Jalan Tamparuli-Kiulu di KM 7.600 berikutan laluan alternatif yang lebih jauh untuk berulang-alik.

AdvertisementKatanya, beliau menghubungi Jurutera Daerah (DE) Tuaran dan pihak kontraktor bagi mendapatkan penyelesaian agar jalan yang sedang dibaiki itu boleh digunakan dalam tempoh terdekat

“Hasil perbincangan, kedua-dua pihak iaitu Jurutera Daerah dan pihak kontraktor bersetuju untuk membuka separuh jalan kepada pengguna dengan syarat ianya hanya dibenarkan untuk kenderaan ringan sahaja.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Kenderaan berat sama sekali tidak dibenarkan dan keputusan ini diambil atas pertimbangan keselamatan pengguna yang mana pembukaan jalan itu adalah ‘bersifat sementara’ sehingga kerja-kerja pembaikan diselesaikan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Difahamkan, kenderaan berat yang melebihi tiga tam belum dibenarkan melalui jalan berkenaan dan jadual penutupan jalan akan turut dilaksanakan bagi menabur batu kelikir.

Pada 19 Oktober lalu, laluan di lokasi berkenaan terpaksa ditutup bagi tujuan pembaikan jalan termasuklah pemasangan pembentung selepas berlaku mendapan tanah yang berisiko menyebabkan runtuhan dan bahaya kepada pengguna.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Lebih 60 pelajar terjejas terdiri dari Kampung Rangalau Lama, Rangalau Baru, Kampung Bungalio, Kionsom dan sekitarnya yang bersekolah di SMK Tun Fuad Stephens Kiulu dibiayai kos pengangkutan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran selepas pihak sekolah terbabit memohon bantuan.

Hasil tinjauan sebelum ini juga, ribuan pengguna perlu menggunakan laluan alternatif di Jalan Longkou Lama - Kampung Bungalio untuk ke Kiulu atau Tamparuli sehingga laluan itu siap dibina semula.

Tambang pengangkutan awam antara Tamparuli-Kiulu naik mendadak dua kali ganda berikutan jarak perjalanan bertambah kerana kenderaan terbabit terpaksa melalui jalan alternatif yang lebih jauh.

Mengikut kadar tambang Pekan Kiulu - Tamparuli awalnya adalah RM4 bagi perjalanan sehala namun ia meningkat kepada RM8 sehala.

Bagi perjalanan sehala Kampung Malangang - Kiulu- Tamparuli pula RM10 sehala dan Pukak - Kiulu - Tamparuli adalah RM13 sehala.

Kenaikan itu membebankan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah yang menjadikan pengangkutan awam sebagai kemudahan harian untuk berulang-alik.

Baru-baru ini juga, terdapat beberapa penduduk yang dilihat tidak berpuas hati dengan memegang sepanduk apabila kerja-kerja pembaikan jalan didakwa tidak diselesaikan mengikut tempoh ditetapkan sebelum beberapa video tindakan mereka berkenaan tular di laman sosial.