Jalan Licin, Pengawal Keselamatan Maut Bertembung Kereta Di Simpang Tiga Kuching

6 Mar 2023 • 6:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berlaku di Jalan Simpang Tiga

Jalan Licin, Pengawal Keselamatan Maut Bertembung Kereta Di Simpang Tiga Kuching. Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikalnya bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Camar/Jalan Nuri, Simpang Tiga.

Kemalangan berlaku ketika hujan renyai dan permukaan jalan licin menyebabkan mangsa, Noorhaslinda Saree, 46, hilang kawalan dan dirempuh pacuan empat roda.

image is not available
Jalan Licin, Pengawal Keselamatan Maut Bertembung Kereta Di Simpang Tiga Kuching. Kredit: Facebook

Bertembung dengan pacuan empat roda

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Selang Ulu, Jalan Matang dari arah Matang menghala ke Semariang pada 7.00 pagi apabila bertembung dengan pacuan empat roda yang berada di jalan bertentangan.

image is not available

Mangsa, Noorhaslinda disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.

Pemandu pacuan empat roda itu dilaporkan selamat dengan kenderaan rosak teruk di bahagian hadapan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. Kes masih dalam siasatan.

Baca lagi artikel terkini: