Jalan Masjid India Ditutup Sementara Gara-Gara Tanah Mendap

10 Nov 2025 • 5:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Permukaan jalan di Jalan Bonus, kawasan Masjid India, Kuala Lumpur dilaporkan mendap awal pagi tadi, menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup sementara bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Menurut laporan Kosmo! Online, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8.39 pagi di hadapan premis Bombay Jewellery.

Jalan Masjid India ditutup

image is not available

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, pasukan mereka bersama Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi segera bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Susulan itu, laluan Jalan Masjid India ditutup kepada kenderaan bermula dari Lorong Masjid India 4 (sebelah masjid) sehingga kawasan terjejas,” kata kenyataan itu.

Artikel lain: “Buku Tu Cuma RM2, Tapi Nilainya Besar” – Ibu Luah Rasa Kecewa, Buku Anak Dikoyak Guru Ganti

Jalan Masjid India ditutup

image is not available image is not available

DBKL memaklumkan bahawa keselamatan awam menjadi keutamaan, dengan kerja-kerja pemantauan serta pemeriksaan teknikal kini giat dijalankan di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa turut menegaskan, sebarang perkembangan berhubung insiden itu akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Sumber: Kosmo!Online (Mohd. Fahmi Ismail)

The post Jalan Masjid India Ditutup Sementara Gara-Gara Tanah Mendap appeared first on Borak Daily.