Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit berwajah baru

15 Nov 2026 • 2:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit berwajah baru

KUALA NERUS – Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit (Pantai) di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, yang terputus akibat hakisan pantai sejak awal tahun ini, akhirnya dibuka semula kepada pengguna jalan raya hari ini selepas kerja-kerja membaik pulih laluan tersebut siap sepenuhnya.

Pembukaan semula Laluan T145 sepanjang kira-kira 280 meter itu sekaligus memberi kelegaan kepada penduduk dan pengguna jalan raya yang sebelum ini terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh untuk menjalankan urusan harian.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata kerja-kerja membaik pulih jalan berkenaan telah siap sepenuhnya selepas melalui beberapa proses teknikal bagi memastikan keselamatan pengguna.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu mengambil masa berikutan keperluan menjalankan kajian ombak bagi mengenal pasti corak pergerakan serta keadaan ombak di kawasan pantai terbabit sebelum kaedah pembaikan bersesuaian dilaksanakan.

“Kerja-kerja ini bukan sekadar membaiki jalan yang rosak tetapi kita perlu memastikan penyelesaian yang dilaksanakan mengambil kira faktor alam sekitar khususnya keadaan ombak yang menjadi punca utama hakisan di kawasan berkenaan.

“Kita tidak mahu jalan yang dibaiki kembali rosak dalam tempoh singkat. Sebab itu kajian perlu dilakukan supaya kaedah perlindungan yang dibina benar-benar bersesuaian dengan keadaan pantai di situ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit berwajah baru appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved