Jalan Paling Rosak Di Malaysia, Jalan Ke Pelabuhan Akan Dibaiki Dengan Bahan Turapan Kukuh!

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menyedari perkara itu, ada cadangan daripada Kementerian Kerja Raya supaya projek pembinaan dan naik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang menggunakan bahan turapan lebih kukuh atau berdaya tahan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bahan turapan lebih berdaya tahan akan memastikan permukaan jalan menjadi lebih kukuh, mengambil kira kemudahan infrastruktur itu yang menjadi laluan utama kenderaan berat berulang-alik ke Pelabuhan Klang.

"Setakat ini ia masih dalam peringkat perancangan (kemajuan projek)...projek ini dah dikenal pasti dan disebut dalam pembentangan Belanjawan 2025, jadi peruntukan sudah ada untuk kita memulakan projek ini.

image is not available

"Kita tahu jalan di kawasan pelabuhan ini dilalui oleh kenderaan berat seperti lori kontena, trak yang berat muatannya. Jadi bila kita buat infrastruktur, kita kena pastikan ia adalah terbaik yang boleh menampung keperluan itu," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan sebanyak RM107 juta diperuntuk bagi pembinaan serta menaik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang dalam memacu sektor logistik negara.