Jalan Raja ditutup seminggu, Citrawarna 2026 bakal gegar Dataran Merdeka

LocalTravel
17 Jul 2026 • 9:03 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Jalan Raja ditutup seminggu, Citrawarna 2026 bakal gegar Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup sepenuhnya bermula 21 hingga 27 Julai ini bagi memberi laluan kepada persiapan penganjuran Citrawarna 2026.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu melibatkan kerja-kerja persiapan, operasi serta pembongkaran acara yang akan berlangsung di Dataran Merdeka.

Selain itu, beberapa jalan utama di sekitar lokasi turut ditutup sepenuhnya sempena raptai pada 24 Julai dari pukul 9 malam hingga 2 pagi, manakala Citra Perarakan (Colours of Parade) pada 25 Julai akan menyebabkan penutupan jalan bermula pukul 6 petang hingga 11 malam.

Antara laluan yang terjejas ialah dari Bulatan Dato’ Onn ke Jalan Parlimen hingga Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak serta susur masuk Jalan Kinabalu ke Jalan Sultan Hishamuddin.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda lalu lintas dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan jalan.

MOTAC turut menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Bagi memudahkan orang ramai menghadiri festival berkenaan, Grab menawarkan baucar diskaun e-hailing bernilai RM3 kepada 1,000 pengguna terawal dengan keseluruhan 3,000 baucar berjumlah RM9,000.

Citrawarna 2026 dijadual berlangsung di Dataran Merdeka dari 24 hingga 26 Julai, menampilkan pelbagai persembahan seni, budaya, warisan dan gastronomi Malaysia sempena Kempen Melawat Malaysia 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved