Jalan Ranau-Sandakan tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh

30 Jan 2023 • 10:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jalan Ranau ke Sandakan tidak dapat dilalui oleh mana-mana jenis kenderaan pagi ini akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

KOTA KINABALU - Jalan Ranau ke Sandakan tidak dapat dilalui oleh mana-mana jenis kenderaan pagi ini akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan pada Isnin, tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan pada masa ini.

Kenyataan itu juga memberitahu kejadian itu berlaku di kawasan KM167.9, Hutan Simpan Taviu, Ranau.

"Kejadian berlaku dipercayai akibat hujan lebat berterusan sepanjang malam tadi. Pemeriksaan dan pemasangan Traffic Management Plan telah dilakukan di kawasan terlibat. JKR Sabah menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengambil berhati-hati,” kata kenyataan itu.

Jalan Ranau ke Sandakan merupakan antara jalan utama yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Sabah melalui kaki Gunung Kinabalu.

Ranau merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah terletak 117 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved