Jalan rosak, tidak rata di Kunak dan Dah Yeh Villa

4 Apr 2024 • 3:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

JABATAN Kerja Raya (JKR) sedang menimbangkan kemungkinan bagi membaik pulih jalan masuk ke beberapa kampung di Kunak, manakala Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menyusun strategi cara terbaik untuk menambah baik satu laluan di kawasan Dah Yeh Villa.

Ini berikutan maklum balas mengenai keadaan Jalan Kadazan-Mostyn yang teruk di Kunak dan permukaan jalan tidak rata di Lorong Kenawai di satu lagi kawasan.

Pemandu yang membawa perkara ini kepada Hotline sudah tidak tahan dengan kerosakan pada bahagian bawah kenderaan mereka. Mereka mengeluh tentang kesulitan dan perbelanjaan tambahan yang terpaksa ditanggung kerana kereta mereka sentiasa perlu dibawa ke bengkel.

Keluhan mereka sudah pun dikemukakan kepada JKR dan DBKK. PERMUKAAN jalan yang rosak terpaksa dikorek sebelum pembaikan boleh dibuat.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Jurucakap JKR Cawangan Kunak berkata pihaknya berharap jalan menuju ke Kg Lormalong, Kunak Jaya, Kg Sungai Langgas, Kg Ladang Bugis, Kg Asli, Kg Kadazan dan Kg Mostyn akan dinaik taraf pada tahun ini.

“Tetapi kami hanya boleh bertindak untuk tujuan ini jika kami menerima dana diperlukan untuk berbuat demikian,” katanya.

“Satu cadangan untuk melaksanakan penambahbaikan jalan telah dikemukakan kepada ibu pejabat kami. Kami masih menunggu untuk mengetahui keputusan permintaan kami.”

Dalam pada itu, katanya, bahagian tidak berturap di laluan ini akan diselenggera dari dari semasa ke semasa.

“Batu kerikil dituangkan ke atas laluan tanah merah ini dan kemudian diratakan. Ini dilakukan mengikut kitaran penyelenggaraan.”

Dalam kes Jalan Kadazan-Mostyn, jurucakap itu berkata, semakan rekodnya, menunjukkan jalan ini paling baru diselenggara pada Februari.

Dia berkata salah satu syarikat konsesi JKR telah ditugaskan untuk menyelenggara bahagian berturap di laluan itu. SALAH seorang kakitangan firma mengukur panjang bahagian jalan yang terjejas.

Jurucakap syarikat itu berkata ia sudah menangani lubang yang terbentuk di atas permukaan jalan itu bulan lepas.

“Salah seorang kakitangan kami mengukur kawasan yang terjejas oleh kerosakan ini semasa pemeriksaan awal.”

Katanya, premix dituangkan ke atas jalan sepanjang 100 meter pada empat hari kemudian.

“Satu pasukan enam orang mengorek permukaan bahagian yang terjejas, sebelum meletakkan lapisan asfalt baharu ke atas sebahagian Jalan Kadazan-Mostyn.”

“Susulan masalah jalan raya ini, kami memutuskan untuk meningkatkan usaha pemantauan kami.”

Dia berkata sebelum ini pembaikan telah dilakukan ke atas jalan itu secara berkala.

“Sejak itu kami meminta tindakan ini dilakukan secara rutin. Penyelia tapak kami di Kunak diarahkan agar lebih peka terhadap sebarang kerosakan membabitkan Jalan Kadazan-Mostyn.” SEBUAH traktor digunakan oleh JKR untuk memudahkan usaha menyelenggara bahagian Jalan Kadazan-Mostyn yang tidak berturap ini.

Katanya, kakitangan ini pergi mengelilingi daerah itu setiap minggu untuk memeriksa keadaan pelbagai kawasan yang berada di bawah jagaan firma terbabit.

“Sebarang kerosakan ditangani, mengikut kes, bergantung kepada tahap kerosakan yang diperhatikan.”

Jurucakap itu berkata bahagian berturap di Jalan Kadazan-Mostyn adalah sepanjang 604 meter.

Sementara itu, DBKK sedang meneliti gangguan dialami pemandu oleh “mendapan” di antara permukaan jalan Dah Yeh Villa dan penutup logam yang tertanam di kawasan itu.

Jurucakap agensi itu berkata kakitangan di Jabatan Trafik dan Pengangkutan telah mengesahkan bahawa beberapa penutup besi itu tenggelam ke dalam jalan semasa pemeriksaan awal bulan ini.

“Kami bekerjasama dengan syarikat konsesi kerajaan untuk mencari kaedah bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

GRAVIN berkata, perbezaan ketinggian antara permukaan asfalt dan penutup itu di Lorong Kenawai menyebabkan kenderaan terhentak ketika berulang alik di laluan berkenaan.

Dia menganggarkan penutup itu mendap “antara tiga hingga empat inci” ke dalam jalan.

“Semakin kecil kenderaan, semakin besar hentakan yang akan dialami pemandu,” katanya.

Dia mengeluh tentang kerosakan pada kenderaannya selepas melalui penutup itu.

“Saya terpaksa mengeluarkan sejumlah besar perbelanjaan untuk membaiki kereta saya kerana masalah ini.”

Gravin mendakwa penutup tidak diletakkan dengan betul di jalan perumahan “selama bertahun-tahun”.

“Awal tahun ini, saya melihat beberapa pekerja mula menaikkan paras penutup di jalan raya.

“Tetapi, ini hanya dilakukan untuk beberapa penutup manakala yang lain dibiarkan begitu sahaja. Jadi, kami masih merasakan hentakan di beberapa bahagian di laluan ini.”

Dia berharap agensi berkaitan akan menimbangkan bagi untuk membuat semua penutup separas dengan permukaan jalan untuk memberikan pengalaman memandu yang lebih baik kepada mereka yang tinggal di kawasan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article