Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands Dibuka 25 Nov Ini, - JKR

LocalTravel
7 Nov 2024 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk orang Perak yang gemar berulang alik ke Cameron Highlands, Pahang!

Ini kerana Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang terpaksa ditutup akibat tanah runtuh, akan dibuka semula pada 25 November ini.

Difahamkan, laluan itu akan dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di KM43.4 jalan itu selesai.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata setakat ini kerja pengalihan sisa tanah runtuh sudah mencapai kemajuan 10 peratus sejak dimulakan 1 November lalu.

image is not available

“Anggaran kasar dengan kerja pembersihan yang agak terbatas, maka kerja pembersihan sisa runtuhan akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu lagi dan jalan terbabit dijangka boleh dibuka pada 25 November ini, bergantung kepada keadaan semasa di tapak.

“Hasil pemantauan di lokasi mendapati, masih ada pergerakan tanah yang perlahan. Oleh itu, kerja pembersihan perlu dibuat dengan berhati-hati dan akan dihentikan sementara sekiranya ada pergerakan tanah yang besar,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sejak 25 Oktober lalu ekoran insiden cerun runtuh di KM43.4 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang.