Jalan TAR, Chow Kit, Tumpuan Utama Warga Kota Untuk Persiapan Akhir Aidilfitri

20 Apr 2023 • 9:21 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dipenuhi dengan orang ramai yang membuat persiapan akhir untuk menyambut Aidlfitri. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan dengan kehadirannya, ia menandakan Ramadan akan meninggalkan kita. Meskipun sayu untuk `berpisah' dengan Ramadan, namun kehadiran 1 Syawal juga sentiasa dinantikan.

Seperti lazimnya, persiapan menyambut `hari kemenangan' ini dilakukan oleh umat Islam dalam keadaan sederhana namun meriah. Beberapa kawasan yang terkenal di ibu kota iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Pasar Chow Kit sentiasa menjadi tumpuan.

Kru jurufoto Getaran membuat tinjauan di kawasan berkenaan dan merakamkan aktiviti orang ramai yang membuat persiapan akhir hari raya.

image is not available
Jalan TAR akan menjadi tumpuan setiap kali menjelang hari raya dan kebiasaannya ia akan menjadi sesak pada waktu malam.

image is not available
Meskipun sibuk dengan penghantaran barang dan makanan, namun lelaki ini tidak lupa akan kewajipan membayar zakat fitrah menerusi kaunter zakat 'drive thru' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

image is not available
Kakitangan Omar Ali Taylor di Kampung Baru ini mengejar masa untuk menyiapkan tempahan baju pelanggan.

image is not available
Seorang wanita membuat persiapan saat akhir sebelum meraikan 1 Syawal dengan membeli belah di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

image is not available
Pelbagai jenis sampul hari raya dijual di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

image is not available
Baju Melayu dengan harga serendah RM50 ditawarkan peniaga untuk menarik pengunjung ke kedai masing-masing.

image is not available
Jalan TAR akan menjadi tumpuan setiap kali musim perayaan.

image is not available
Hiasan lampu ketupat dengan berlatar belakang Menara Berkembar Petronas (KLCC) mencuri tumpuan ramai.

image is not available
Orang ramai membanjiri Pasar Chow Kit untuk membeli daging bagi dijadikan rendang, iaitu hidangan utama di pagi Aidilfitri.

image is not available
Sarung ketupat nasi dijual di Pasar Chow Kit.

image is not available
Dekorasi lampu pelbagai corak menghiasi ibu kota.