Jalan tutup sempena larian Karnival Ceria, sila guna laluan alternatif

30 May 2025 • 4:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 30 MEI: Beberapa jalan di kawasan Bandar Baru Selayang ditutup sementara bagi kelancaran dan keselamatan acara larian pada Karnival Ceria Selangor daerah Gombak, esok.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Facebook dinasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal selain memanfaatkan laluan alternatif yang sesuai.

Penutupan jalan selama dua jam akan bermula dari Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang sehingga Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2).

Laluan melibatkan Jalan 2/2; Jalan 2; Persiaran 2 dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2).

Karnival anjuran Kerajaan Selangor menawarkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung termasuk Larian Kasih Ibu sempena Kempen Menentang Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak.

Selain itu, pertandingan mencipta wau untuk kanak-kanak, teater kesedaran tentang keganasan gender dan cabutan bertuah dengan hadiah lumayan.

Karnival terbuka kepada orang awam, masuk adalah percuma selain kuntuman ros istimewa untuk 500 pengunjung terawal dan kemeja-T percuma juga menanti 1,000 pengunjung terawal.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved