Jalan Utama Kuala Lipis - Gua Musang Dibuka Semula

26 Jun 2023 • 7:31 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup sejak 3 April lalu bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C kembali dibuka semula semalam untuk kegunaan orang ramai.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ,berkata laluan berkenaan telah dibuka semula kepada kenderaan ringan selepas kerja-kerja pemasangan cerucuk itu siap Khamis lalu dan pembukaan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur.

“Saya juga berharap pembukaan laluan ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada anak perantauan ke Kelantan sempena sambutan Aidiladha Khamis ini dan selepas musim perayaan nanti,” katnya melalui hantaran di Facebok rasminya. - Bernama