Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini

17 Nov 2022 • 1:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jalan utama retak akibat letupan gas paip SSGP semalam

Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini. Sebelum kita digemparkan dengan kejadian letupan paip gas milik Sabah-Sarawak yang terletak di Ulu Berikau, Lawas yang telah menewaskan seorang pekerja Indonesia dan 3 lagi cedera parah.

Kesan daripada letupan tersebut juga, jalan utama yang menjadi nadi pengangkutan darat untuk masyarakat terutamanya masyarakat kaum Lun Bawang di Lawas telah mengalami keretakan yang agak teruk.

image is not available
Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini. Sumber gambar: BORNEO POST online

Kontraktor giat membaiki jalan kerana tidak dapat dilalui, untuk memudahkan pergerakan juga terutamanya demi kelangsungan PRU Sabtu kelak

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Encik Azman Ibrahim, keretakan yang berlaku di jalan yang berdekatan dengan Berikau, Lawas tersebut dipercayai kerana berlakunya pergerakan tanah di kawasan tersebut kesan daripada letupan paip gas semalam.

image is not available
Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini. Sumber gambar: BORNEO POST online

Oleh kerana berlakunya keretakan tersebut, jalan tersebut juga tidak dapat dilalui oleh mana-mana kenderaan. Bahkan, jalan itu juga tidak dapat dilalui kerana pihak kontraktor sedang giat melakukan proses pembaikan jalan.

Memandangkan jalan tersebut merupakan jalan utama menghubungkan bahagian Lawas dengan Ba Kelalan dan kawasan berdekatan, proses pembaikan harus segera dilakukan untuk memudahkan pergerakan masyarakat setempat.

Bukan itu sahaja, pada Sabtu kelak, negara akan menjalankan hari pengundian umum dan ini juga antara sebab mengapa proses pembaikan harus dilaksanakan segera supaya tidak menjejaskan aktiviti pengundian di bahagian Lawas kelak.

Di Sarawak, seperti banyak juga kejadian terputusnya hubungan antara 2 tempat kerana jalan utama yang digunakan mengalami permasalahan dan boleh baca tentang kejadian tersebut di dalam artikel dibawah: