Jalur Gemilang gergasi dihasilkan sendiri JKR Klang

24 Aug 2022 • 6:35 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KLANG: Sempena sambutan bulan Kemerdekaan, pelbagai inisiatif digerakkan bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Di Klang, Selangor, lebih 160 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang menghasilkan Jalur Gemilang gergasi bagi menghiasi bangunan agensi berkenaan.

Jalur Gemilang yang menggunakan kain lycra itu bersaiz 6 meter tinggi dan 22 meter panjang.

image is not availableMenurut Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ir. Mohd Zawawi Zakaria idea untuk menghasilkan Jalur Gemilang bersaiz gergasi ini adalah yang pertama di negeri Selangor.

“Selepas pandemik dan kemudiannya endamik Covid-19, telah 2 tahun kita tidak adakan apa-apa sambutan hari kebangsaan. Jadi, ini adalah satu cara kita mahu tunjukkan keterujaan peringkat JKR Selangor amnya, khususnya JKR Klang untuk kita bersama-sama untuk menyemarakkan kembali sambutan hari Kebangsaan.” kata Ir. Mohd Zawawi

Terdahulu, beliau melancarkan ‘Program Menaikkan Bendera Gergasi & Perhimpunan Bulanan Jabatan bersama Timbalan JKR Selangor’ pada Rabu.

image is not availableDalam majlis sama, sesi deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik turut diadakan.

Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang gergasi itu dihasilkan dengan kos RM2,000 dan dijahit eksklusif oleh kakitangan JKR sendiri.

Mereka mengambil masa tiga hari untuk menghasilkan Jalur Gemilang gergasi ini. Malah, kakitangan JKR di sana melakukan jahitan bendera secara syif di dewan menggunakan peralatan mereka sendiri.

Projek penghasilan bendera gergasi adalah kali pertama dianjurkan JKR Selangor dan akan diperluaskan ke JKR daerah lain.

image is not available