Jalur Gemilang Hiasi Burj Khalifa Sempena Hari Kebangsaan 2022 [Video]

1 Sep 2022 • 5:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pada tahun lalu, beberapa bangunan ikonik di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dilimpahi cahaya warna Bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Inisifatif tersebut yang dilakukan kerajaan UAE bersempena dengan Hari Kebangsaan yang ke-64 ternyata menarik perhatian ramai rakyat Malaysia yang menyifatkan ia satu penghormatan tertinggi buat negara.

Terbaharu semalam (31 Ogos) Burj Khalifa di Dubai pula mencuri perhatian dunia apabila membuat perkara sama bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaaan 2022.

Menerusi satu posting di akaun media sosial rasminya, Burj Khalifa memuat naik satu video memperlihatkan bangunan tertinggi di dunia itu dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang.

Siap pasang lagu Negaraku

Bukan itu sahaja, video tersebut turut diiringi dengan muzik lagu Negaraku selain ucapan ringkas di ruangan kapsyen yang berbunyi, “Burj Khalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Malaysia.”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dari Malaysia dilihat meninggalkan komen terima kasih kepada Burj Khalifa dan bandar Dubai.

image is not available

image is not available

Hishamuddin turut ucap terima kasih

Menerusi semakan kami di Facebook Burj Khalifa pula, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak terkecuali apabila turut meninggalkan ucapan terima kasih pada ruangan komen.

image is not available