Jalur Gemilang Muncul Dalam Squid Game Musim Kedua

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 3:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Drama terhangat yang menjadi perbualan seluruh dunia kini, iaitu Squid Game musim kedua sekali lagi berjaya meraih perhatian khususnya rakyat Malaysia apabila tular sebuah klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dalam drama bersiri berkenaan.

Video klip yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok, dikenali sebagai @s0l3r0o tular mempamerkan Jalur Gemilang negara sedang tergantung megah pada salah satu babak daripada drama bersiri popular Korea Selatan tersebut.

Jalur Gemilang Muncul Dalam Babak Squid Game

image is not available

Foto: TikTok @s0l3r0o

Menerusi rakaman, terdapat sebuah plot yang menampilkan bendera Malaysia dengan latar belakang yang cerah bersama bendera dari pelbagai negara yang lain turut digantung bersama.

Menyingkap video yang telah dimuat naik oleh akaun TikTok berkenaan, bendera Malaysia jelas kelihatan sekali gus menarik perhatian penonton tempatan yang merasa bangga dengan perkara itu.

image is not available

Foto: Netflix

Kemunculan bendera Malaysia itu juga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial Malaysia. Ramai merasa bangga dan kagum kerana bendera Malaysia dapat dilihat dalam salah satu siri paling popular di dunia itu.

Selepas mencetuskan fenomena di seluruh dunia menerusi tayangan musim pertama pada 2021, Squid Game kembali untuk musim kedua yang kini sedang ditayangkan di platform pentriman, Netflix.

image is not available

Foto: Kosmo! Online

Terdahulu, orang ramai di sekitar MRT Ampang Park dikejutkan dengan kehadiran patung robot kanak-kanak gergasi ikonik, Young-Hee daripada drama terkenal Squid Game sebagai sebahagian daripada promosi musim kedua drama itu yang telah ditayangkan pada 26 Disember lalu.

Ramai penumpang teruja dengan promosi luar biasa ini, yang turut disertai oleh sekumpulan askar Pink lengkap berpakaian seragam merah jambu dan topeng simbolik Squid Game.